Hari Arafah atau 9 Zulhijjah merupakan di antara hari yang sangat mulia di dalam Islam.Pada hari ini umat islam berpusu-pusu ke Padang Arafah untuk berwuquf.Wuquf merupakan salah satu rukun haji yang perlu dilaksanakan dan jika meninggalkannya maka terbatallah haji.
Pada Hari ini,bagi sesiapa yang tidak menunaikan haji mereka disunatkan untuk berpuasa sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w:
“Puasa pada hari ‘Arafah itu, Allah swt menghapuskan dosa tahun yang lepas dan tahun yang akan datang.” (Muslim:196/1162)
Tidak dinafikan bahawa puasa adalah di antara amalan yang terbaik dan ia adalah pilihan Allah Ta’ala sendiri sebagaimana yang dinyatakan di dalam sebuah hadith qudsi;
“Puasa itu adalah bagiKu dan Akulah yang membalasnya, dia meninggalkan keinginan nafsunya, makanan dan minumannya semata-mata keranaKu”.
Dari Abu Sa’id al Khudri Radhia Allah ‘anhu berkata : ‘Rasulullah saw bersabda;
“Tiada seorangpun yang berpuasa pada satu hari di jalan Allah melainkan Allah menjauhkan dengan puasanya itu akan mukanya dari api neraka sejauh tujuh puluh tahun” (muttafaq ‘alaih).
Dari Amr bin Syuaib bahawa Nabi s.a.w. bersabda, “Doa terbaik adalah doa di hari Arafah. Dan ucapan terbaik yang saya dan para nabi sebelumku ucapkan adalah laa ilaha illallahu wahdahu laa syarika lahu, lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa ‘ala kulli syay`in qadir. (Tidak ada sembahan yang hak selain Allah semata tidak ada sekutu bagi-Nya, hanya milik-Nya semua kekuasaan, hanya milik-Nya semua pujian, dan Dia Maha Mampu atas segala sesuatu). (HR. At-Tirmizi no. 3585 dan dinyatakan hasan oleh Al-Albani dalam Shahih At-Tirmizi: 3/184)
0 ulasan:
Catat Ulasan