Khamis, 23 Jun 2011

5 perkara itu ~

Dicatat oleh -dya nadia- di 9:16 PG

minggu ni minggu sensitif sy..sume pon bl terasa asik nk meleleh ja..padahal bende kecik ja.keje pon bl kena marah ngan cust pon rasa nk jerit pastu menangis puas2..haish..ape la nadia ni..sensitif betol..sambil meng “google” kan diri terjumpe 1 artikel menarik.no 1 tu betol..yg lain tu kadang2 kot.huhuhu..

5 perkara tentang wanita yang sedang haid

1. Emosi tidak stabil – wanita akan cepat marah dan mudah melatah dengan ransangan persekitaran. Jika tidak diatasi dengan betul ia boleh melarat dan berlakunya “perang dunia ke-3″ Hanya lelaki yang bersemangat waja sahaja mampu melayan karenah mereka.

2. Sukar membuat keputusan – ini juga memberi satu masalah kepada individu disekelilingnya. Setiap hari kita perlu membuat keputusan, kesukaran membuat keputusan bukan sahaja merugikan masa wanita tersebut malah kesannya juga dirasai oleh orang lain. Hanya lelaki yang bersemangat waja sahaja mampu melayan karenah mereka.

3. Manja berlebihan – terlalu garang pun tidak ok, terlalu manja pun tidak ok sebenarnya. Ini kerana permintaan untuk bermanja-manja secara berlebihan bukan sahaja menyebabkan ketidakselesaan individu terbabit malahan rasa kurang senang masyarakat sekeliling yang memerhatikannya. Hanya lelaki yang bersemangat waja sahaja mampu melayan karenah mereka.

4. Permintaan yang tidak relevan – kadang-kadang hal ini membuatkan individu yang terlibat (biasanya lelaki la) berfikir apa yang cuba dibuktikan sebenarnya? Menguji kesetiaan? Mengkaji kesungguhan? Menilai keikhlasan? Manakan tidak lelaki menjadi mangsa keadaan dengan permintaan yang bukan-bukan, mereka tahu wanita sakit tapi perlukah permintaan yang tidak relevan itu. Untuk menyelamatkan keadaan lelaki terpaksa membuat perjanjiaan setinggi gunung. Hanya lelaki yang bersemangat waja sahaja mampu melayan karenah mereka.

5. Bercakap dahulu baru fikir – ini memang kerap berlaku tidak kira tempat dan masa, kekerapan itu berkali ganda ketika mereka sedang haid, percayalah. Mereka akan mengeluarkan kata-kata indah ataupun yang menyakitkan tanpa berfikir dahulu. Tak percaya? Cubalah sendiri pada teman atau pasangan anda. Lelaki berfikir dahulu baru bercakap, wanita cakap dulu baru berfikir. Hanya lelaki yang bersemangat waja sahaja mampu melayan karenah mereka.

hehehe..cam lawak pon ade bl baca “Hanya lelaki yang bersemangat waja sahaja mampu melayan karenah mereka.”..  rasa xde la camtu skali. ape pun yg sy tau mmg emosi sy x stabil pon skang neh..hukkk..xpe2..2 minggu ja ag blk miri (^__^)

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Pejalanan ku ~ Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei